Cuti Sekolah Yang Singkat

Tahun baru dah bermula..Maknanya cuti sekolah dah berakhir. Walaupun saya bukan cikgu tapi cuti sekolah adalah sgt ditunggu-tunggu. Sebabnya..hubby cuti. And saya pun akan cuba ambil cuti untuk spend time together-gether. Dulu berdua je..skrg bertiga dengan Imran.

Ke mana kami cuti sekolah tahun ini hujung tahun lepas? Cuti kali ni terasa sgt cepat berlalu sebab banyak sgt aktiviti. Sampaikan plan2 hubby pun byk yang terbengkalai..(kan b kan..) Bermula hujung november (25hb) kami berangkat balik Johor (yeay!). Balik bukan sekejap. 7 Disember baru balik Kuching. Aktiviti kat Johor pun sgt padat. Landing di KL kemudian ke Segamat. Kenduri Aqiqah Imran kat Palong kemudian ke Melaka kemudian kenduri Imran di Pemanis pula. Balik ke Kuching pula dari JB.


Tak cukup dengan itu, 11 Disember kami ke KL lagi. Sebabnya..saya berconference di Cameron Highland. Hubby n Imran pun ikut sekali. Tak habis lagi penat balik dari Johor. Memang sgt2 meletihkan. Dengan perjalanan mendaki Cameron 4 jam plus jalan yang sgt berliku macam ular kena palu. Sampai je Cameron saya terus demam. 15hb balik ke Kuching saya demam lagi sampailah minggu berikutnya.


Orang oreng orang oreng...cuti sekolah pun habis. Tak sempat pun nak gotong royong kemas rumah, kemas belakang rumah. Hubby meracun pun tak mati rumputnya. Cepatnya masa berlalu. Yang penting, cuti sekolah tahun depan dah banyak plan kami. Nak buat family day, buat qurban(amin...), jalan-jalan kat sabah, shopping kat KL..fuh.. Harap-harap semuanya tercapai...

2 comments:

suzi, cuti sekolah tahun depan tu maknenye cuti sekolah akhir tahun ke? sangat berpandangan jauh...heheh....

hmm... betul2...banyak projek I yg terbengkalai... Bukan I tak boleh buat tapi mcm2 hal nak uruskan...nak uruskan masalah rakyat lagi, hujan ribut lagi... ahh..tup2 dah abis cuti.. ape boleh buat...

Post a Comment