Wajah Kesayangan Hamba


2 lelaki kesayangan saya. Like father like son kan. 

Hubby pada saya memang best dad ever lah.. tak pernah merungut melayan Imran. Masa dalam pantang Imran agak kuat meragam. Especially waktu malam..susahnya nak tidurkan dia.. tak kira malam ke siang. first week Alhamdulillah mak ada.. nasib baik saya bersalin selepas mak sampai. Saya memang betul2 tak larat nak bergerak banyak sebab saya 3rd degree perinial tear. Kena jahit kat operation theater tau. He..ngeri bila ingat balik. (hopefully dapat blog about pengalaman bersalin later).

Jadinya bila Imran menangis malam-malam mak ngan hubby sama-sama pujuk Imran. Gilir-gilir kelek,kendong,dodoi.. hari yang ke-15,mak balik (huhu..). Mak mertua pula datang. Dengan mertua saya segan sikit nak manja-manja(hehe..) Jadinya saya ngan hubby berganding bahu memujuk Imran di keheningan malam. Tapi kadang-kadang kami failed jugak. Masa tula mak mertua jadi talian hayat. (Terima kasih pada kedua-dua mak..love you both..)

Dalam minggu ketiga mcmtu, sakit jahitan dah much kurang (tapi masih sakit ye..). Tapi, datang pulak dugaan lain. Badan saya gatal2 dan naik ruam dengan bengkak yang teruk sangat. Bukan sehari dua. Tapi lebih seminggu jugak lah. Gatal sangat-sangat yang tak boleh nak describe macam mana + ada masa badan jadi panas seram sejuk menggigil gigil. Doctor kata allergy. Tapi seumur hidup saya tak pernah  alah dengan apa2 makanan. Masa ni memang jatuh air mata sebab tak tahan dugaan. Dugaan ni lebih teruk dari sakit bersalin dan sakit kena jahit. Tapi nasib baik ada hubby yang sentiasa beri semangat.

Masa mak mertua balik Johor, saya belum habis pantang. Sebelum pergi kerja hubby masakkan untuk saya, tolong mandikan Imran dan pastikan saya dah mandi + makan. Balik kerja pulak takeover jaga Imran sebab hubby bagi chance saya rehat jap. Bila malam pulak, hubby sama2 tidurkan Imran baru dia tidur.. masa ni bulan puasa. Saya tak dapat bayangkan macam mana penatnya hubby masa ni. Terima kasih b.. love u soo….much.

Sekarang ni Imran dah besar sikit. Dah senang nak jaga + Papa n mama dah tau macam mana nak  tenangkan dia. Imran pun sebenarnya a very good baby. Tau waktu yang sesuai nak manja dengan mama and papanya.. Mama sa…yang Imran sangat-sangat.

3 comments:

aku jeles...hehehe

jangan jales ros... aku nie dh kategeri lelaki melayu terakhir tau.... hehoheho....

tu diaaaa..master dah kembang kempis....

Post a Comment