Wajah Kesayangan Hamba


2 lelaki kesayangan saya. Like father like son kan. 

Hubby pada saya memang best dad ever lah.. tak pernah merungut melayan Imran. Masa dalam pantang Imran agak kuat meragam. Especially waktu malam..susahnya nak tidurkan dia.. tak kira malam ke siang. first week Alhamdulillah mak ada.. nasib baik saya bersalin selepas mak sampai. Saya memang betul2 tak larat nak bergerak banyak sebab saya 3rd degree perinial tear. Kena jahit kat operation theater tau. He..ngeri bila ingat balik. (hopefully dapat blog about pengalaman bersalin later).

Jadinya bila Imran menangis malam-malam mak ngan hubby sama-sama pujuk Imran. Gilir-gilir kelek,kendong,dodoi.. hari yang ke-15,mak balik (huhu..). Mak mertua pula datang. Dengan mertua saya segan sikit nak manja-manja(hehe..) Jadinya saya ngan hubby berganding bahu memujuk Imran di keheningan malam. Tapi kadang-kadang kami failed jugak. Masa tula mak mertua jadi talian hayat. (Terima kasih pada kedua-dua mak..love you both..)

Dalam minggu ketiga mcmtu, sakit jahitan dah much kurang (tapi masih sakit ye..). Tapi, datang pulak dugaan lain. Badan saya gatal2 dan naik ruam dengan bengkak yang teruk sangat. Bukan sehari dua. Tapi lebih seminggu jugak lah. Gatal sangat-sangat yang tak boleh nak describe macam mana + ada masa badan jadi panas seram sejuk menggigil gigil. Doctor kata allergy. Tapi seumur hidup saya tak pernah  alah dengan apa2 makanan. Masa ni memang jatuh air mata sebab tak tahan dugaan. Dugaan ni lebih teruk dari sakit bersalin dan sakit kena jahit. Tapi nasib baik ada hubby yang sentiasa beri semangat.

Masa mak mertua balik Johor, saya belum habis pantang. Sebelum pergi kerja hubby masakkan untuk saya, tolong mandikan Imran dan pastikan saya dah mandi + makan. Balik kerja pulak takeover jaga Imran sebab hubby bagi chance saya rehat jap. Bila malam pulak, hubby sama2 tidurkan Imran baru dia tidur.. masa ni bulan puasa. Saya tak dapat bayangkan macam mana penatnya hubby masa ni. Terima kasih b.. love u soo….much.

Sekarang ni Imran dah besar sikit. Dah senang nak jaga + Papa n mama dah tau macam mana nak  tenangkan dia. Imran pun sebenarnya a very good baby. Tau waktu yang sesuai nak manja dengan mama and papanya.. Mama sa…yang Imran sangat-sangat.

Saya Suka Membaca


Dulu..saya memang suka membaca. Dari zaman kanak-kanak, rasanya dari saya mula pandai mengenal huruf saya dah suka membaca. Ingat lagi saya sanggup tak makan sebab nak habiskan baca buku cerita. Sampai kena marah dengan mak. "ha..makan buku tu sampai kenyang". Buku-buku penyiasatan Guid Blyton paling popular masa tu. Saya tak kisah mengulang 3,4 kali buku yang sama. Surat khabar lama pun saya baca sampai ke iklan.

Zaman sekolah rendah, kami bukan keluarga yang mewah. Jadi saya tak sampai hati minta mak belikan buku cerita selalu. Cuma kadang-kadang bila ada pembekal buku datang sekolah setahun sekali. Cikgu akan beri senarai buku yang akan dijual. Saya tunjuk dekat mak. Mak kata 'pilihlah satu..akak boleh beli'. Wah..sukanya saya masa tu. List tu pun saya akan baca berulang2 kali sambil bayangkan jalan cerita setiap buku based on tajuk. Punyalah saya suka membaca..

Bila masuk sekolah menengah..minat membaca masih ada. Kalau dulu..kisah penyasatan kanak-kanak, sekarang berubah kepada novel2 cintan cintun. Saya rasa semua novel Ahadiat Akashah saya dah baca.. Lagenda Budak Setan, Pilot Café, Katerina..banyak lagilah. Sampailah bila novel-novel dari Alaf 21 mula glamour. Pinjam la member2 yang rajin beli novel. Tak pun borrow dari library sekolah. Masuk u..mula berjinak2 ngan novel English. Terpengaruh ngan kawan. Even saya ni tak lah pandai sangat berbahasa Inggeris..gagah jugak baca novel. Minat punya pasal.

La ni..bila dah ada kerjaya tetap (cewah…), berkahwin dan ada anak..priority saya dah berubah. Rasa macam sentiasa tak cukup masa (alasan..). Walaupun dah mampu nak beli buku yang kita minat, masa pulak mencemburui. Kalau pergi MPH atau Popular, rasa semua buku saya nak beli..Tapi, bila pikir2 balik..ada ke masa aku nak baca. At last, beli satu buku..tapi 2,3 bulan pun tak tentu lagi dapat habis baca buku tu.

Sekarang ni..angan-angan nak ubah minat membaca kepada menulis pula.. Dah lama terpikir nak ada blog sendiri. Nak-nak bila hubby create blog. Tapi saya tak ada confident nak menulis my own thougt. Lagi satu kelemahan saya..istiqamah. Selalu je hangat-hangat t..h.. itu.. Haha.. Hopefully angan2 yang satu ni berterusan la ye.. Just wait and see..