Hari Pertama

Hari ni hari pertama Imran dengan babysitter baru..Mak Timah. Secara rasminya hari pertama tapi sebenarnya dah hari ke dua. Hari Selasa minggu lepas dah hantar Imran ke rumah Mak Timah sebab Aunty Rozy balik kampung. Mak Timah bilang..mula-mula Imran OK. Lambai-lambai Papa pergi kerja kemudian main-main. Tapi.. tiba-tiba bila Kak Humairah (sorang lagi anak yang Mak Timah jaga) bangun tidur..Wa...terus Imran nangis tersedu-sedu. Mak timah hairan..saya pun hairan bila Mak Timah cerita. Kak Humairah baru 3 tahun. Biasanya Imran suka nak berkawan..tapi tak tahu la kenapa hari tu...

Harap-harap hari ni semuanya ok.. Semoga Imran boleh main dengan Mak Timah dan Kak Humairah, nak makan, nak minum susu, senang tidur.. Jangan nangis-nangis ye sayang.. Jangan buli Kak Humairah..

Hari pertama Imran kat rumah orang pun boleh buat mama tak senang duduk. Macam mana la hari pertama Imran sekolah.. hari pertama Imran masuk U..hari pertama Imran kerja.. hai... Tak pe lah.. mat saleh kata There's always a first time for everything. Hmm..


Imran melawan bakteria jahat - Versi mama

Rentetan dari post hubby kat sini dan situ.

Perasaan
Sedih, risau, takut, gusar..semua la yg sewaktu dengannya. Doa byk2 biar sakit Imran hilang. Tak pun pindah kat mama. Biar mama yg rasa semuanya asalkan Imran sihat, boleh gelak2 main2..

Trivia
1. Bacaan tertinggi suhu Imran adalah 40.2C. Tinggikan.. masa ni masa mula2 amik suhu lepas admit. Nurse yg amik tu pun terkejut.

2. Doktor amik sampel darah and stool Imran. Keputusan - bakteria jahat menyerang. Tp doktor tak dpt identify bakteria apa.

3. Antibiotik - mula2 bg intibiotik jenis syrup tp suhu Imran masih turun naik. Bila naik je mesti lebih 39C.  Lepas 2 dose Dr. tukat antibiotik yg jab pulak. Masuk ikut saluran IV drip. Antibiotik ni 5 dose. 1 dose sehari. Tu yg jd lama kat hospital. Masa masik antibiotik ni Imran mesti jerit2 nangis. Walaupin tak guna jarum tp mcm sakit sgt2..(kesian Imran..)

4. Imran masih cirit birit walaupun dah discharge. Amik masa lebih kurang 3 minggu jugak utk poo poo dia normal balik

5. Berat Imran hilang 0.6 kg dlm masa 3 hari pertama dia demam.


Lesson learned (Note to myself)
1. Jangan amik mudah bila anak demam. Satu perkara yg saya kesalkan..tak mintak diorg admit Imran awal2 kat hospital. Mlm pertama dan kedua(sblm admit) Imran demam, kitorg mcm blur..dah buat semua yg kitorg tau utk turunkan suhu Imran..dah tuam, bukak baju, beri ubat..tp demam tak turun2 jugak..Imran menangis je..lepastu setiap sejam at least sekali dia poo poo.. Badan Imran lemah sgt..

Masa tu mmg risau sgt2 dan kitorg mmg tak tdo..adalah terlelap dalam 1 dua jam..

Bila kat hospital at least ada nurse dan doktor..Diorg tau apa yg perlu..

2. Bila anak demam panas, perkara pertama kita kena cuba turunkan suhu badannya. Salah satu cara.. tuam badan, kepala dengan air. Air paip boleh. Air suam pun boleh tp jgn suam sgt. Kalau air paip pulak jgn sejuk sgt sbb kalau suhu badan turun secara drastik baby boleh menggigil2.

lagi, jangan pakaikan baju. Kalau pakai pun, baju yg nipis je..jangan selimutkan juga ye..

Selain tu, sentiasa simpan paracetamol baby kat rumah..stanby.. Masa kat hospital, diorg amik suhu every 4 hours. Kalau suhu cecah 38C je..terus bagi paracetamol. Dose dia ikut berat dan umur baby..

Kenapa kena kawal suhu? Kalau suhu tinggi sgt..baby boleh kena sawan. Sawan menyebabkan saraf2 otak terputus ye..sgt bahaya..

Ada kes kat hospital tu, anaknya demam panas sgt sampai tak sedarkan diri..2 hari jugaklah kena tahan kat ICU.

3. Kalau anak cirit-birit yg serius pun kena bawa ke hospital. Sebabnya takut baby dehydrated. Kesannya..boleh merosakkan buah pinggang baby. Baby dehydrate antara tanda2nya.. badan lemah, ubun2 lekuk, mata sembab.. Apa lagi ye? Kena google ni..

4. Bila anak sakit..saya anggap ini dugaan buat kami. Mengajar kami sabar dan bertawakal..

5. Jangan lupa berdoa minta Allah sembuhkan sakit anak kita. Doa ibu kan antara doa yg paling makbul sekali..

Bersyukur sangat2 kami berjaya tempuhi dugaan ni. Imran anak yg kuat..Sayang Imran sgt2.. Sayang papa jugak sbb sentiasa ada dengan mama n Imran.

Wishlist 2012 part 1

Hari ni hari ke 4 tahun 2012. Ada lagi 361 hari untuk ditempuhi..(eh, tahun ni tahun lompat la). Apa azam 2012 saya?hmm.. Apa ya? Kalau ikutkan angan-angan memang banyak. Angan-angan boleh kira sbg azam ke? Bolehje..kan. Ada orang tu pernah tulis dalam kad cinta dia pada saya..'biar mimpi sampai ke bulan..kalau jatuh masih berpijak pada awan...er..er.. alamak!lupa la..'orang itu', tolong sambung please...

Okay..berikut adalah wishlist/azam/angan-angan 2012 saya..

1. Rumah
Saya wish/berazam/berangan-angan untuk memiliki rumah sendiri dalam tahun 2012 ini. cewah.. Seriouslah sikit..ini bukan main2. Ok2. Sebenanya dah lama berkira-kira nak beli rumah sendiri. Alhamdulillah tahun ini InsyaAllah kedudukan kewangan kami agak kukuh berbanding tahun2 lepas. Tapi masalah kami, tak tahu lokasi yang sesuai untuk membeli rumah memandangkan keadaan kami yang dikira sebagai perantau ni. Adakah kami patut membeli rumah di Kuching kah, di Segamat kah atau di tempat yang bervalue tinggi seperti di Shah Alam atau Nilai atau Kajang untuk kami sewakan pada orang lain. Fuh..masih belum dapat buat keputusan.

Kalau beli rumah di Kuching, bagaimana kalau kami pindah ke Semenanjung nanti? Kalau di Segamat pula, ntah bila baru kami dapat bermastautin di Segamat.  Kena pikir betul-betul ni. Bagaimanapun..malam tadi dalam berita kata harga rumah akan naik tahun ni..mentang2 la gaji gov servant naik..huh.

Kalau dapat sebiji rumah macam ni bestnya..hihi

2. (bersambung dalam next entry..hehe..bye)

Cuti Sekolah Yang Singkat

Tahun baru dah bermula..Maknanya cuti sekolah dah berakhir. Walaupun saya bukan cikgu tapi cuti sekolah adalah sgt ditunggu-tunggu. Sebabnya..hubby cuti. And saya pun akan cuba ambil cuti untuk spend time together-gether. Dulu berdua je..skrg bertiga dengan Imran.

Ke mana kami cuti sekolah tahun ini hujung tahun lepas? Cuti kali ni terasa sgt cepat berlalu sebab banyak sgt aktiviti. Sampaikan plan2 hubby pun byk yang terbengkalai..(kan b kan..) Bermula hujung november (25hb) kami berangkat balik Johor (yeay!). Balik bukan sekejap. 7 Disember baru balik Kuching. Aktiviti kat Johor pun sgt padat. Landing di KL kemudian ke Segamat. Kenduri Aqiqah Imran kat Palong kemudian ke Melaka kemudian kenduri Imran di Pemanis pula. Balik ke Kuching pula dari JB.


Tak cukup dengan itu, 11 Disember kami ke KL lagi. Sebabnya..saya berconference di Cameron Highland. Hubby n Imran pun ikut sekali. Tak habis lagi penat balik dari Johor. Memang sgt2 meletihkan. Dengan perjalanan mendaki Cameron 4 jam plus jalan yang sgt berliku macam ular kena palu. Sampai je Cameron saya terus demam. 15hb balik ke Kuching saya demam lagi sampailah minggu berikutnya.


Orang oreng orang oreng...cuti sekolah pun habis. Tak sempat pun nak gotong royong kemas rumah, kemas belakang rumah. Hubby meracun pun tak mati rumputnya. Cepatnya masa berlalu. Yang penting, cuti sekolah tahun depan dah banyak plan kami. Nak buat family day, buat qurban(amin...), jalan-jalan kat sabah, shopping kat KL..fuh.. Harap-harap semuanya tercapai...