Wishlist 2012 part 1

Hari ni hari ke 4 tahun 2012. Ada lagi 361 hari untuk ditempuhi..(eh, tahun ni tahun lompat la). Apa azam 2012 saya?hmm.. Apa ya? Kalau ikutkan angan-angan memang banyak. Angan-angan boleh kira sbg azam ke? Bolehje..kan. Ada orang tu pernah tulis dalam kad cinta dia pada saya..'biar mimpi sampai ke bulan..kalau jatuh masih berpijak pada awan...er..er.. alamak!lupa la..'orang itu', tolong sambung please...

Okay..berikut adalah wishlist/azam/angan-angan 2012 saya..

1. Rumah
Saya wish/berazam/berangan-angan untuk memiliki rumah sendiri dalam tahun 2012 ini. cewah.. Seriouslah sikit..ini bukan main2. Ok2. Sebenanya dah lama berkira-kira nak beli rumah sendiri. Alhamdulillah tahun ini InsyaAllah kedudukan kewangan kami agak kukuh berbanding tahun2 lepas. Tapi masalah kami, tak tahu lokasi yang sesuai untuk membeli rumah memandangkan keadaan kami yang dikira sebagai perantau ni. Adakah kami patut membeli rumah di Kuching kah, di Segamat kah atau di tempat yang bervalue tinggi seperti di Shah Alam atau Nilai atau Kajang untuk kami sewakan pada orang lain. Fuh..masih belum dapat buat keputusan.

Kalau beli rumah di Kuching, bagaimana kalau kami pindah ke Semenanjung nanti? Kalau di Segamat pula, ntah bila baru kami dapat bermastautin di Segamat.  Kena pikir betul-betul ni. Bagaimanapun..malam tadi dalam berita kata harga rumah akan naik tahun ni..mentang2 la gaji gov servant naik..huh.

Kalau dapat sebiji rumah macam ni bestnya..hihi

2. (bersambung dalam next entry..hehe..bye)

2 comments:

cari rumah kat area andar putera 2,klang. asan beli rumah kat situ...boleh main jiran2 balik...(sebenarnye, aku berangan arul tolong ambik anak aku lps sekolah, arul kan cikgu...hehe...nk ambik imran,ambik adelea sekali...tihihihi...aku berangan ni dah lama tau, dari ms korg khawin)

yeay, dh jumpa blog kak suzie..meh2. beli umah kat pajam..dekat ngn nilai, dekat ngn highway...value pon cepat naek...boleh berjiran

Post a Comment